KAMPAR: Kerajaan dicadangkan supaya mewujudkan skim tabung khas perumahan mengikut konsep Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) di masa hadapan.

Itu antara aspirasi yang dicadangkan oleh anak muda dalam dialog Transformasi Nasional (TN50) bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Dewan Auditorium Majlis Daerah Kampar pada malam Selasa.

21766562_1716704128370594_4955678011215527627_n

Ahli Majlis Belia Kampar, Hasbullah Salahuddin berkata, ianya bagi memudahkan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri dalam usia muda menjelang tahun 2050.

“Menggunakan konsep SSPN-i ini, maka generasi semasa boleh mula mengumpul duit mulai sekarang untuk anak-anak mereka dalam tabung tersebut dan kita benarkan kerajaan guna wang itu untuk melabur.

“Bila tiba masanya anak-anak ini mahu membeli rumah, duit di dalam tabung itu boleh digunakan untuk membayar separuh daripada harga rumah yang mahu dibeli manakala sebahagiannya lagi dibayar oleh kerajaan menggunakan keuntungan pelaburan yang dibuat sebelum ini,” katanya ketika menyampaikan aspirasi tersebut.

6059a93b-5ff3-4a29-8bb0-feba6cfc8dfeAspirasi itu mendapat sokongan dan tepukan dari lebih 300 belia yang menyertai dialog berkenaan.

21767924_1716704455037228_2416332835473137575_nTurut serta dalam program itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri Datuk Shahrulzaman Yahaya.

Sementara itu, karyawan tersohor negara, Mohamed Ghozali Abdul Rashid atau Malim Ghozali PK pula memberitahu aspirasi TN50 beliau adalah untuk melihat bahasa Melayu terus diperkukuh dan dimartabatkan .

“Bahasa adalah lambang sesebuah tamadun dan identiti negara, ianya juga terkandung dalam wasiat Raja-raja Melayu jadi pentingnya kita memelihara bahasa ini.

“Saya harapkan kerajaan mempunyai insiatif-inisiatif tersendiri untuk memastikan golongan akan datang tidak meninggalkan kata-kata bahasa kita yang indah ini,” ujar beliau.

Dr. Zambry berkata, idea-idea yang telah dibentangkan sepanjang dialog berkenaan amat bernas dan diambil maklum oleh kerajaan negeri.

d59c3657-b5d1-4d56-987a-25f4787c1125    192fd54d-980c-4564-97f9-9f13e928e347

“Idea-idea yang dilontarkan ini amat baik. Kita di sini bukan hanya setakat untuk mendengar dan tidak buat apa tapi kita akan kumpulkan kesemua aspirasi ini.

“Kerajaan negeri akan meneliti segala aspirasi disampaikan kemudian kita turut akan menyampaikannya kepada kerajaan pusat serta kementerian-kementerian yang terlibat,” kata beliau pada penghujung dialog tersebut.