SYDNEY – Bank Rizab Australia (RBA) mengesahkan terdapat 46 juta wang kertas $50 baharu telah dicetak dengan kesalahan ejaan.

Wang kertas $50 ‘baharu dan ditambah baik’ itu telah dilancarkan pada bulan Oktober tahun lepas, dengan pelbagai teknologi terkini yang direka untuk meningkatkan kebolehcapaian dan mencegah pemalsuan.

Tetapi nota kuning itu juga mengandungi kesilapan dalam perkataan “responsibility’ yang dieja “responsibilty”.

RBA mengesahkan kesilapan akan diperbaiki dalam cetakan masa depan.

Tetapi buat masa ini, sekitar 46 juta nota baharu sudah diedar dan digunakan di seluruh negara.

Wang kertas itu dikeluarkan akhir tahun lalu dengan menampilkan Edith Cowan, ahli Parlimen wanita pertama Australia dan kesilapan ejaan itu pada teks petikan dan ucapan pertamanya di Parlimen.

Australia adalah negara pertama yang menggunakan wang kertas polimer, yang dicipta oleh CSIRO dan diperkenalkan pada tahun 1988.

Berbanding dengan nota kertas, polimer telah meningkatkan ketahanan dan keselamatan dan memudahkan untuk memasukkan ciri-ciri untuk membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan.

Wang kertas $50 baharu itu memperkenalkan ciri sentuhan empat benjolan di bahagian atas untuk membantu orang mengenalinya.

Semua wang kertas Australia mempunyai saiz dan warna yang berbeza untuk sebab yang sama. – MalaysiaGazette