KUALA LUMPUR : Harimau Malaya yang dikenali dengan nama Awang Besul yang ditangkap oleh Jabatan Perhilitan Jumaat lalu di Kampung Besul Lama, Terengganu telah disahkan mati pada pukul 5.30 pagi tadi setelah pelbagai usaha insentif untuk merawat dan menyelamatkannya dijalankan.

Jabatan Perhilitan dalam kenyataan berkata, melalui ujian virologi yang dilakukan, haiwan itu positif virus jenis ‘Canin Distemper’.

“Penyakit ini disebabkan oleh virus yang mudah menyerang haiwan domestik iaitu anjing atau lain-lain hidupan liar termasuk spesis harimau.

“Jika penyakit ini terkena pada harimau ia akan menunjukkan tingkah laku tidak takut kepada manusia dan kebarngkalian harimau untuk sembuh adalah sangat tipis,” kata kenyataan itu di sini hari ini.