IPOH: Kehadiran pelakon dan penyanyi rock terkenal tanahair, Awie di pekarangan Kampus Utama Taj International College (TIC) di sini menceriakan hari pertama program Aura Ramadan 2017 anjuran kolej tersebut.

Awie yang menaiki motosikal berkuasa tinggi, tiba kira-kira jam 4.20 petang bersama-sama konvoi 40 penunggang lain.

406a8500-fec1-460b-b80f-54fa42554634

19dda534-8625-45cf-8b3a-7d15e9c9a300Dia disambut Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajudin dan Pengerusi Dewan Muda, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak, Wan Mohd Faizal Wan Aris.

Sepanjang setengah jam di TIC, Awie meluangkan masa melayan pelbagai karenah pelajar kolej dan tadika TIC di samping peminat yang menunggu sejak jam 4 petang.

Selain bergambar, Awie turut menandatangani kemeja T peminat kecil sebagai tanda kenang-kenangan.

Dia yang terkenal dengan watak Husin dan filem Hantu Kak Limah kemudiannya meneruskan perjalanan ke Beruas untuk menghadiri majlis berbuka puasa.

Aura Ramadan 2017 dianjurkan sehingga 19 Jun ini dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO.

Pelbagai aktiviti diatur sepanjang program 12 hari itu, seperti gerai jualan, taklimat keusahawanan, dialog TN50, forum perdana, iftar ramadan, pameran agensi kerajaan dan aktiviti berkuda.

0fc93753-cb8b-43f2-8eb2-ab0a0f454f8a