KUALA KANGSAR: Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-61 hari ini dimulakan dengan majlis kesyukuran dan bacaan Yaasin serta tahlil di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini.

IMG-20171103-WA0009

Majlis itu dihadiri oleh Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa yang berkenan berangkat diiringi oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

IMG-20171103-WA0011

Majlis itu turut dihadiri oleh para pelajar sekolah dan masyarakat Islam di sekitar Kuala Kangsar.

Usai bacaan surah Yaasin dan tahlil, para hadirin bersama-sama tetamu kehormat menunaikan solat fardhu Jumaat.

Majlis kesyukuran yang sama turut diadakan serentak di semua masjid di daerah ini dan masjid di seluruh negeri.