IPOH: Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Solat Jumaat sempena Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Azumu, barisan Exco kerajaan negeri, wakil rakyat, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dan ketua-ketua jabatan.

Bacaan Yassin dan tahlil dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzzaffar Syed Azlan Al-Hafiz.

Syed Muzzaffar di dalam khutbah yang dibacakannya berkata, Islam amat menganjung tinggi pengorbanan pahlawan yang mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.

Dalam masa sama, khutbah turut mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan serangan melalui gajet seperti fitnah dan adu-dumba.

1/5