IPOH– Pasukan badminton wanita Kumpulan A negeri Perak menyerlah ketika menentang pasukan Kedah, manakala pasukan badminton lelaki tewas kepada selangor dalam perlawanan awal yang berlangsung hari ini.

Pasukan wanita Kumpulan A negeri Perak menewaskan Kedah pagi tadi dengan keputusan 4-1, bagi acara perseorangan Lee Ying Ying (Perak) bertemu Nur Syaza Roshidi (Kedah) dan skor yang diperoleh 21-13, 21-8.

Perseorangan kedua wanita Eoon Qi Xuan (Perak) bertemu K. Yeshveenii (Kedah) dengan skor 21-5,21-6, bagi perseorangan ketiga pula Desiree Siow Hao Shan (Perak) bertemu Eng Sin Jou (Kedah) dengan skor 21-9,21-9.

Bagi beregu wanita pula, Eoon Qi Xuan dan Valeree Siow Zi Xuan (Perak) bersaing dengan beregu Eng Sin Jou dan Pearly Tan Khoong Le (Kedah) dengan skor 18-21,9-21.

Beregu kedua pula, Chew Jia Hui dan Desiree Siow Hao Shan (Perak) bertemu Cheng Su Hui dan Cheng Su Yin (Kedah) dengan skor 21-18, 18-21, 22-20.

Pada sebelah petang, berlangsungnya perlawanan bagi pasukan lelaki Kumpulan A dengan menyaksikan Perak tewas 5-0 kepada Selangor.

A.Jhotiswaran (Selangor) menentang Tan Choong Yen (Perak) dengan skor 19-21,21-16, 23-21, Low Hang Yee dan Man Wei Chong (Selangor) bertemu Ling Wei Jie dan Si Chin Sian (Perak) 21-14,21-6.

R.Satheishtaran (Selangor) bertemu Anson Cheong Yan Feng dengan skor 21-16,9-21,21-18 manakala Mohamad Syazmil Idham Zainal Abidin dan Muhammad Nuraidil Adha Azman (Selangor) bertemu Lim Tze Jian dan Muhammad Umar Al-Khatab Muhamed Shaffie (Perak), 21-11,22-20.

Dalam pada itu, Aidil Sholeh Ali Sadikin (Selangor) bertemu Chea Cheng Xiang (Perak) dengan skor 21-16, 21-10.