PARIT BUNTAR – Kehadiran isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli memberi keceriaan kepada 55 orang pesakit di Hospital Parit Buntar pada Jumaat.

Beliau yang hadir bersama rombongan BAIDURI dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia cawangan Perak (LKPIM) melawat pesakit berkenaan di Wad Bersalin, Wad Kanak-Kanak, Wad Wanita serta Wad Lelaki.

Hadir sama di program tersebut Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie.

Dalam lawatan itu juga, Saripah menyampaikan sumbangan berupa hamper serta beramah mesra dengan para pesakit yang terlibat.

Beliau yang juga Yang DiPertua BAIDURI turut memberikan kata-kata semangat buat mereka selain bertanya khabar kepada para petugas di wad berkenaan.

Kunjungan tersebut diadakan bersempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak di daerah Kerian yang diadakan selama lima hari bermula 17 Mei dan 20 Mei.

baiduri-hospital2

baiduri-hospital3