KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di lobi Bangunan Parlimen pada pukul 3.15 petang tadi untuk membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

Ketibaan Najib yang juga Menteri Kewangan disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Najib yang berpakaian baju Melayu berwarna biru turut membawa beg bimbitnya yang mengandungi maklumat berkaitan Bajet 2018.

Pembentangan Bajet 2018 hari ini dijangka menjadi belanjawan paling komprehensif seterusnya mencerminkan pe­rancangan sistematik sebuah kerajaan yang bertanggungjawab . – K! ONLINE