KUALA LUMPUR – Bajet 2018 akan merangkumi aspirasi rakyat yang di­sampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menurutnya, kerajaan tidak akan menunggu sehingga tahun 2050 untuk melaksanakan input yang disuarakan oleh rakyat dalam beberapa siri Dialog TN50 di seluruh negara.

“Dialog TN50 ini (membincangkan hal-hal) bagi membuat perubahan pada masa akan datang tetapi ada aspek tertentu yang kita perlu laksanakan pada masa ini.

“Sebagai contoh, perubahan dalam bidang pendidikan hanya akan dirasai pada dua tiga generasi akan datang,” katanya ketika sesi Dialog TN50 dan Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017 di sini semalam.

-Kosmo