KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan dalam proses merangka satu undang-undang untuk mengawal kegiatan merokok tembakau dan penggunaan rokok elektronik (vaping).

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata kerajaan sukar untuk mengharamkan vaping kerana setakat ini, tiada undang-undang mengenai kegiatan terbabit terutama bagi vape yang tidak mengandungi nikotin.

Kata Boon Chye, Kementerian Kesihatan berhasrat untuk mengharamkan vaping pada masa akan datang.

“Sekiranya ada bukti mengenai kebaikan rokok elektronik bagi mendorong perokok tegar untuk berhenti merokok, ia hanya boleh dipreskripsi oleh doktor saja,” katanya pada sidang sidang media selepas merasmikan Persidangan Urologi Malaysia ke-27 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, negara memerlukan lebih ramai ahli urologi kerana jumlahnya masih tidak mencukupi.

“Negara ini hanya mempunyai seramai 114 pakar urologi dan kita masih memerlukan lebih 1,000 pakar lagi,”

katanya.

Kata beliau, lebih banyak kempen kesedaran perlu diadakan mengenai pelbagai penyakit kesan urologi seperti kanser prostat, batu karang dan kanser paru-paru – berita harian