BAGAN SERAI: Seramai 14 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan berikutan kejadian ban pecah di Kampung Matang Tengah,Alor Pongsu,dekat sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian itu, insiden ban pecah telah menyebabkan paras air Sungai Kerian meningkat mendadak setinggi 0.45 meter dan sekaligus menyebabkan banjir.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah Kerian,Kapten (PA) Rahman Paimin berkata pusat pemindahan itu dibuka sekitar 6.30 petang tadi berikutan insiden tersebut.

“Seramai lima keluarga terdiri daripada tiga lelaki dewasa, lima wanita termasuk dua warga emas, dua kanak-kanak lelaki,tiga kanak-kanak perempuan serta seorang bayi perempuan.

“Kesemua mereka dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak dan setakat jam 8 malam ini paras air masih lagi berada pada takat sama,”katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.