MUALLIM: Situasi banjir di Perak menampakkan perkembangan yang positif dengan hanya satu pusat pemindahan banjir yang masih dibuka sehingga petang Isnin.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah berkata, buat masa ini, seramai 12 orang terdiri daripada tiga keluarga yang masih terjejas akibat bencana banjir yang melanda negeri ini sejak 29 November lalu.

Katanya, ketiga-tiga keluarga itu kini ditempatkan di pusat pemindahan Surau Nurul Hidayah, Kg Sungai Muda, dekat sini sejak petang semalam.

“Kesemua pusat pemindahan telah ditutup di daerah Manjung, Larut Matang dan Selama pada tengahari Ahad namun sebuah lagi pusat pemindahan dibuka pada sebelah petang.

“Ia berikutan paras air yang naik berikutan pertambahan taburan hujan di sekitar daerah Muallim. Pada masa ini, mereka masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan sehingga keadaan benar-benar selamat,” katanya lagi.

Keadaan banjir di Perak kini beransur pulih selepas mula melanda pada 29 November lepas yang merekodkan hampir 1,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di tiga daerah berasingan di negeri ini.MUALLIM: Situasi banjir di Perak menampakkan perkembangan yang positif dengan hanya satu pusat pemindahan banjir yang masih dibuka sehingga petang Isnin.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah berkata, buat masa ini, seramai 12 orang terdiri daripada tiga keluarga yang masih terjejas akibat bencana banjir yang melanda negeri ini sejak 29 November lalu.
Katanya, ketiga-tiga keluarga itu kini ditempatkan di pusat pemindahan Surau Nurul Hidayah, Kg Sungai Muda, dekat sini sejak petang semalam.

“Kesemua pusat pemindahan telah ditutup di daerah Manjung, Larut Matang dan Selama pada tengahari Ahad namun sebuah lagi pusat pemindahan dibuka pada sebelah petang.

“Ia berikutan paras air yang naik berikutan pertambahan taburan hujan di sekitar daerah Muallim. Pada masa ini, mereka masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan sehingga keadaan benar-benar selamat,” katanya lagi.

Keadaan banjir di Perak kini beransur pulih selepas mula melanda pada 29 November lepas yang merekodkan hampir 1,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di tiga daerah berasingan di negeri ini.