IPOH – Banjir di Perak pulih sepenuhnya apabila sebuah pusat pemindahan sementara terakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu dalam daerah Kerian, ditutup, hari ini,

Pusat pemindahan itu sebelum ini menempatkan 87 mangsa daripada 30 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD), Mohd Sabli Bakri

berkata, semua mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Keadaan banjir di Kampung Beriah, Parit Simpang 4, Parit Simpang 5 dan Parit Air Hitam 2 telah

pulih sepenuhnya. Semua penduduk terlibat dibenarkan pulang.

“Sehubungan itu, pusat pemindahan ini ditutup mulai jam 5 petang ini,” katanya.

Perak mula dilanda banjir pada 22 Mei lalu, antara daerah awal terlibat adalah Batang Padang diikuti Kerian, Larut Matang Selama, Manjung, Perak Tengah serta banjir kilat di beberapa kawasan Kinta – sinar