Jumlah mangsa banjir di Kampung Padang Serai di Beruas, kira-kira 100 kilometer dari sini, menunjukkan perubahan positif apabila menurun kepada 89 orang setakat 8 pagi ini berbanding 93 orang malam tadi.

Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, semua mangsa itu ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai sejak dua minggu lalu.

Banjir di kawasan itu dikenali sebagai ‘banjir termenung’ disebabkan air yang bertakung tidak dapat mengalir keluar. – BERNAMA