IPOH: Hujan lebat yang turun lewat petang Khamis menyebabkan beberapa buah rumah Kg Piandang, Seputeh dekat sini dilanda banjir kilat.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah (JPBBD) Kinta memberitahu, banjir disebabkan parit di kawasan berkenaan tidak dapat menampung air hujan lebat.

Menurutnya, sehingga jam 7 malam, 17 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai kampung tersebut.

 

banjir kilat 2

Daripada jumlah itu, tujuh dewasa dan 10 lagi kanak-kanak.

“Keseluruhan Daerah Kinta selamat dan terkawal, pihak Sekretariat JPBBD Kinta akan melaporkan situasi dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Khamis malam.