Oleh:Nazialita Geynna Mahara

IPOH: Beberapa kawasan di Ipoh terjejas teruk dan dinaiki air berikutan hujan lebat yang berterusan sejak pukul empat petang Rabu.

Malah, banjir kilat yang berlaku sekelip mata itu turut menyebabkan Jalan Kuala Kangsar mengalami kesesakan lalu lintas sehingga ada yang terperangkap selama dua jam berikutan bencana alam itu.

Lebih merisaukan, ramai di kalangan peniaga terpaksa menutup gerai masing-masing berikutan angin kuat serta hujan lebat yang menjejaskan perniagaan mereka.

Keadaan sama turut berlaku di sekitar Bercham apabila air mula menaiki paras betis kediaman penduduk sekaligus menyebabkan keresahan mengenai keselamatan mereka.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Ipoh mengesahkan buat masa ini belum ada pusat pemindahan yang dibuka dan keadaan masih terkawal namun pemantauan sentiasa dijalankan.

 

banjir-ipoh. 2