GEORGE TOWN: Mayat dua lagi lelaki dipercayai mangsa banjir di Pulau Pinang ditemukan semalam menjadikan keseluruhannya tujuh individu terkorban akibat bencana alam itu setakat ini, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar.

Beliau berkata mayat seorang daripada lelaki itu dikenali sebagai Tan Ah Peow, 45, ditemukan oleh jirannya pada pukul 2 petang di dalam rumahnya yang dipenuhi air banjir di Jalan Mata Kucing, Air Itam.

“Mayat ketujuh ditemukan pada kira-kira 2.40 petang oleh orang awam tersangkut di pintu jualan tiket Stadium Bandaraya di sini dan identitinya belum diketahui dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga untuk tampil membuat pengecaman,” katanya di sini, malam tadi.

-Astro Awani