SUNGAI MANIK: Kerajaan negeri akan membantu tujuh keluarga yang terlibat dalam kejadian ribut di beberapa buah kampung di sini awal pagi Isnin lalu.

9fa195b5-6f17-4b5e-9dc8-9c3d6d3c0047Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, selain daripada bantuan kecemasan dari Tabung Bencana Daerah, beliau akan melihat bantuan-bantuan lain yang boleh disalurkan.

“Kita sangat prihatin dengan kesulitan yang dihadapi oleh mereka, lebih-lebih lagi terdapat mangsa yang sakit terlantar,” katanya kepada Suara Perak di sini, hari ini.

Terdahulu, Zainol dan beberapa pegawai dari beberapa agensi seperti pejabat daerah dan jabatan kebajikan masyarakat melawat rumah mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu.

c4a6bf9b-8d6a-4a8b-aad3-4e8af91f4c70

Antara kampung yang terlibat ialah Sungai Tungku, Parit 1B, Parit 4A, Parit 22 Sungai Lampam, Chenderong Balai dan Pekan Rabu.

Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan bantuan kecemasan di samping membantu kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang di sekitar kawasan yang terjejas.

da8e9bb5-2822-469a-819f-b95afc82cd2bAgensi-agensi lain yang turut membantu ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Zainol turut menasihatkan mangsa yang rumah mereka terjejas akibat ribut supaya membuat laporan polis bagi membolehkan mereka menerima bantuan-bantuan yang disediakan.