SEGARI: Bantuan yang disediakan kerajaan tidak hanya bersifat jangka pendek tetapi banyak yang berbentuk jangka panjang, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya bantuan jangka panjang dilihat lebih berkesan dalam membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi sebagai contoh pemberian anak benih tanaman dan ternakan serta peralatan.

Selain itu, kata beliau, kerajaan melalui agensi-agensi di bawahnya turut memberi bantuan baka ternakan bagi membaiki taraf hidup rakyat dalam jangka panjang.

dd7d91dc-ef87-4ce6-b166-6e77355301ad

“Sampai ke peringkat itu kerajaan hendak membantu rakyat,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan bantuan pejabat ADUN Pangkor & ‘Touchpoint’ Gelombang Ternak MTEN 2018 di Kg. Batu 4, dekat sini, hari ink.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli, ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, Penasihat Menteri Besar, Datuk V, Elango, Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Fuziah Muhayat.

Program gelombang ternak adalah salah satu program ‘touchpoint’ di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Antara bantuan disampaikan pada majlis itu ialah pemberian input secara ‘one off’ 20 ekor anak ayam kampung dan makanannya kepada 120 penduduk di sekitar DUN Pangkor untuk meningkatkan ekonomi keluarga di samping meningkatkan kualiti hidup mereka. 120

Selain itu bantuan batu garam mineral turut diberikan kepada 14 penternak ternakan ruminan, khususnya lembu.

Menteri Besar turut menyampaikan bantuan motosikal roda tiga kepada 16 nelayan untuk memudahkan mereka membeli dan membawa minyak untuk kemudahan bot-bot

Terdahulu, Dr Zambry melepas anak benih ikan di jeti Kampung Baru di sini.