PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah, RM200 untuk pesara kerajaan.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di sini, sebentar tadi.

Kabinet turut memutuskan Bantuan Sara Hidup bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan akan disalurkan pada 6 Jun dengan kadar sama.

Perdana Menteri berkata, harga petrol RON95 akan dikekalkan manakala RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.

“Esok taklimat penuh akan dibuat Kementerian Kewangan,” katanya.

Dr Mahathir turut mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus untuk semua lebuh raya bagi tempoh dua hari sebelum Aidilfitri – berita harian