MANJUNG: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap lebih banyak pihak di negeri ini tampil untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dr Zambry berkata, selain dapat membantu golongan yang memerlukan, program CSR juga adalah tanpa syukur dan terima kasih mereka terhadap apa yang diperolehi selama ini.

Menurut beliau, sumbangan-sumbangan yang diberi itu sangat besar ertinya, terutama kepada penerima.

874d5151-2abd-4219-84b0-9a560f4eea53“Banyakkan sumbangan untuk mendapatkan keberkatan,” katanya ketika berucap di majlis Jalinan Tani Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Manjung Selatan di sini pada Khamis.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad, ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim dan Pengerusi PPN Perak, Datuk Nadzri Ismail.

Dr Zambry turut menyempurnakan majlis pecah tanah tapak arena PPK Manjung Selatan yang akan dibangunkan sebagai tapak perniagaan berkonsepkan kontena hipster.

Terdahuku beliau melakukan pemberian minyak motosikal percuma kepada 600 orang dan penyerahan zakat kepada 300 asnaf, berupa wang tunai RM150 serta barangan makanan.

92e68ea6-8024-424f-969f-887fad2ecffa

Sementara itu, Nadzri berkata, PPN Perak akan terus bersama-sama kerajaan negeri untuk membangunkan sektor pengeluaran makanan di negeri ini.