JOHOR BAHRU – Seorang bapa muda sanggup meninggalkan detik hitam dalam hidup dua anak lelaki tirinya apabila tergamak meliwat dan mencabul mereka dalam beberapa kejadian di sekitar negeri ini sejak April tahun lalu.

Bagaimanapun perbuatan terkutuk lelaki berusia 24 tahun itu yang bekerja sebagai penjaga kolam udang bakal menerima balasan apabila dia kini berdepan hukuman penjara 100 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Dalam prosiding mahkamah tersebut, tertuduh mengaku salah selepas lima pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamad Khalid Ab. Karim.

Bagaimanapun, mahkamah mene­tapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan jatuh hukum terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii dengan anak lelaki tirinya yang berusia 11 tahun.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukannya di sebuah rumah di sebuah kampung, di dalam kereta dan di kilang keropok di sini antara April 2016 hingga Julai 2017.

-Kosmo! Online