TAIPING – Seorang pekerja kantin ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian bayi perempuannya berusia enam bulan yang dipercayai akibat didera pada Isnin lalu.

 

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Noraishah Ahmad di Mahkamah Majistret Taiping hari ini.

 

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

BERITA TERDAHULU: Pasangan Muda Ditahan Dipercayai Dera Anak Usia Enam Bulan Hingga Mati

Pada Selasa, Suara Perak melaporkan seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dimasukkan ke Hospital Taiping meninggal dunia pada Isnin, dipercayai akibat didera, di Kampung Tekah, dekat sini.

 

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata,  mangsa, Nur Khayra  dihantar ke hospital kira-kira pukul 6.30 petang Jumaat lalu oleh ibu bapanya selepas dia tidak sedarkan diri dipercayai akibat terjatuh dari buaian.

 

Pemeriksaan rapi oleh pihak hospital menunjukkan bayi tersebut mengalami pendarahan di bahagian otak serta di dalam mata.