IPOH: Seorang bapa bernafsukan binatang tergamak merogol anak tirinya yang baru berusia 13 tahun sejak dua tahun lalu di Meru, di sini.

Perbuatan keji itu akhirnya terbongkar apabila mangsa yang kini berusia 15 tahun meluahkan kejadian malang yang menimpa dirinya kepada sepupunya akibat merasa begitu tertekan terhadap perbuatan suspek.

Suspek diberkas pada Selasa dan direman selama enam hari bermula hari ini.

Menurut keterangan kes, kali pertama suspek melakukan tindakan tidak berperikemanusiaan itu adalah semasa mangsa berada di ruang tamu ketika ibu dan adik-adiknya tidak berada di rumah.

“Mangsa mengambil keputusan untuk membongkar segala perbuatan tidak senonoh bapa tirinya kerana dipercayai tidak tahan dengan perbuatan suspek.

“Difahamkan, suspek telah merogol anak tirinya yang menjadi mangsa melampiaskan nafsu beberapa kali sejak bulan Februari 2015 sehinggalah kali terakhir pada Mac 2017,” katanya.

Mangsa, yang mengalami tekanan perasaan akibat menjadi hamba seks suspek yang bekerja sebagai seorang peniaga itu akhirnya membuat keputusan untuk menceritakan kejadian tersebut kepada sepupunya.

“Kali terakhir, mangsa dirogol adalah di sebuah rumah contoh, di Meru, Ipoh pada Mac lepas dan emak mangsa yang merupakan seorang suri rumah kemudian melakukan laporan polis bagi tindakan lanjut.

“Hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan lama dan suspek telah ditangkap pada 2 Mei (Selasa) bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.