V

IPOH: Polis Perak menahan seorang bapa muda yang berumur 19 tahun dan merampas 2.42 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM30,000, dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Taman Ipoh Timur dekat sini, Selasa lalu.

Suspek mempunyai seorang isteri berumur 21 tahun dan seorang anak yang baru berusia sebulan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam serbuan jam 5 petang itu, polis telah menahan suspek dan merampas enam paket heroin.

Menurutnya, dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 2,200 penagih di sekitar Ipoh.

“Suspek ditahan ketika sedang membungkus dadah di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Khamis.

Menurut Sum, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine.

Beliau berkata, suspek telah direman selama enam hari sehingga 19 Disember ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Katanya, polis juga merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah berkenaan termasuk mangkuk besi, penimbang, tukul besi serta dua telefon bimbit.

Sum berkata, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mempunyai satu rekod lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya ketika berusia 16 tahun dan dihantar ke pusat pemulihan remaja di Silibin.
Bapa Muda Ditahan Bersama Heroin 2.42 Kilogram