PORT DICKSON: Bapa kepada Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr M Segar, ditemui mati di tepi longkang berhampiran inap desa miliknya di Taman Tiara, Batu 9 di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat K Munusamy, 76, ditemui oleh rakannya pada jam 7.45 malam.

“Siasatan awal polis mendapati tiada kesan luka pada tubuh mangsa, malah pemeriksaan di lokasi juga tidak menemui sebarang kesan perlakuan jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat yang dilakukan pagi ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, polis perlu menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa – berita harian