NIBONG TEBAL: Seorang penumpang maut selepas bas ekspres dinaikinya terbabas di Kilometer (KM) 152, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan susur keluar Bukit Tambun di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, bas yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan ke arah utara sebelum pemandunya dikatakan gagal mengawal kenderaan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.19 pagi sebelum dua jentera dari Balai Nibong Tebal dan Perai bersama 22 anggota tiba di lokasi kejadian. “Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati bas ekspres terbabit terbalik di tengah lebuh raya dan kebanyakan mangsa masih tersepit.

WhatsApp_Image_2017-03-27_at_8.23.39_AM.jpeg.transformed_0

“Anggota bomba membantu mengeluarkan semua mangsa dan seorang penumpang wanita berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.

Seramai 25 penumpang dan dua pemandu bas ekspres dilaporkan cedera dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala seorang penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.

-BeritaHarian