SEBUAH bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Kilometer 228.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dari Changkat Jering menuju Kuala Kangsar di Taiping, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 6.57 petang dan kerja menyelamat sedang dijalankan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan bas yang terbabas ke dalam gaung.

“Maklumat awal mendapati terdapat 21 mangsa dan operasi menyelamat sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi menyelamat itu diketuai Pegawai Bomba Kanan ll Mustafa Kamal Ismail.

Buat masa ini, keadaan mangsa belum dapat dipastikan – Harian Metro

Berita lanjut menyusul