MANILA: Sembilan belas terbunuh dan 21 cedera apabila bas penumpang hilang kawalan dan terjunam ke dalam jurang di tengah Filipina, kata polis hari ini.

Bas itu, yang menuju ke Manila, terbabas di jalan pergunungan di Mindoro lewat selama, kata jurucakap polis Imelda Tolentino.

Pekerja penyelamat mengeluarkan mayat dan mangsa tercedera dari kenderaan, yang berada di bawah jurang.

“Polis menyiasat mengapa pemandu hilang kawalan, sama ada berlaku masalah mekanikal atau dia tertidur,” kata Tolentino.

Gambar polis menunjukkan pasukan penyelamat turun dari tebing untuk sampai kepada bas, yang terbalik ke sisi di celah pokok dan rumput kira-kira 15 meter di bawah jalan raya.

Kemalangan berlaku berhampiran Sablayan, kira-kira 195 kilometer ke selatan Manila.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Filipina, yang menyaksikan bas tidak diselenggara rapi dan pemandu tidak mendapat latihan secukupnya membentuk tulang belakang pengangkutan darat. – AFP