TAIPING: Seorang anggota polis yang sedang membuat rondaan menemui bayi yang masih bertali pusat di hadapan surau Kampung Pinang Seberang, Kamunting, dekat sini, petang Sabtu.

Menurut laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, bayi itu ditemui masih hidup di dalam kotak di hadapan Surau Nur Iman kita-kira pukul 4.20 petang.

Umur bayi itu dianggarkan 36 – 38 minggu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.