Jakarta: Dengan ketinggian 87 meter dan berat badan cuma 20 kilogram, Sari Rezita Ariyanti nampak tidak ubah seperti kanak-kanak berusia tiga tahun disebabkan masalah hormon yang menjejaskan pembesarannya.

Anak kedua daripada lima beradik itu yang dilahirkan pada 16 October 1993 juga tidak mampu berjalan, sebaliknya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Selain itu, dia mengalami masalah berkomunikasi kerana tidak dapat bercakap, kecuali kata-kata serta bunyi mudah.

Ibunya, Suryani H Suud berkata, pada mulanya dia tidak menyedari kecacatan anaknya itu sehingga Sari berusia dua tahun.

“Dia begitu comel ketika dilahirkan tetapi pada usia dua tahun saya mula risau kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa termasuk bercakap atau berjalan.

“Memang keadaan ini menyedihkan saya kerana anak lain semuanya sempurna. Namun saya bersyukur adik-beradiknya menyayangi dan menjaganya.

-myMetro