IPOH – Beberapa projek besar yang telah diluluskan dibawah kerajaan persekutuan di negeri ini termasuk di Bagan Datuk akan dikaji semula pelaksanaannya.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, antara yang sedang dikaji adalah beberapa projek di Bagan Datuk dengan keseluruhannya berjumlah RM6 bilion.

“Makluman yang diterima dari kerajaan persekutuan beberapa projek besar dilulskan di Perak akan dikaji semula, contohnya yang diumumkan pentadbiran terdahulu di Bagan Datuk.

“Saya masih lagi belum mendapat makluman lanjut mengenai perkara itu atau projek-projek besar yang lain,” katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke rumah anak yatim Kampung Sungai Rokam di sini pada Khamis.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Dr Aziz Bari.

Tambah beliau, bagi projek-projek yang telah dimulakan melebihi 20 peratus pembinaanya di negeri ini pula berkemungkinan besar akan diteruskan pelaksanaanya.

“Setakat ini di Perak semuanya berjalan lancar dan tiada masalah cuma mungkin projek besar di Bagan Datuk itu sahaja,” beliau.

1/3