Batu Pahat: Pura-pura tawar khidmat pemeriksaan kesihatan dan rawatan bekam sebelum melarikan barang kemas milik mangsa.

Itu antara modus operandi penjenayah ‘Geng Bekam’ didalangi dua wanita tempatan yang menjadikan warga emas menetap di kawasan kampung sebagai sasaran kegiatan.

Terbaru, seorang warga emas, Rafeah Mansor, 80-an dan pembantu rumahnya yang menetap di Parit Belemam, Tongkang Pechah di sini, menjadi mangsa dua penjenayah wanita terbabit.

Rafeah berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari Jumaat lalu, dua wanita bertudung menaiki Proton Waja itu muncul di rumahnya dan mengaku sebagai kakitangan kerajaan.

“Mereka mendakwa mahu menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung.