IPOH : Bekas Ahli Parlimen Tambun, Datuk Yahaya Shafie, 83 yang menyandang jawatan itu dari 1986 hingga 1990 telah meninggal dunia di kediamannya di Jalan Raja Dihilir, di sini sebentar tadi.

Allahrayham yang juga merupakan mantan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor dari 1981 hingga tahun 2000 menghembuskan nafas terkahirnya pada jam 1.27 tengah hari Ahad dikelilingi ahli keluarga dan sahabat.

Allahrayham Yahaya meninggal dunia akibat sakit tua.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas asar hari ini di Tanah Perkuburan Jalan Bendahara, Ipoh.