PETALING JAYA: Bekas anggota Exco Selangor Datuk Saidin Thamby meninggal dunia di Hospital Selayang, pagi Sabtu.

Saidin yang berusia 81 tahun merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras.

Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pukul 10 pagi Sabtu dipercayai akibat serangan angin ahmar.

Jenazahnya dijangka dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Selayang Pandang, Batu Caves dan dikebumikan petang ini.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/25/bekas-exco-selangor-meninggal-dunia/#gbt7B7s82dxXS7WI.99