Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Bekas lagenda bolasepak negara, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh pada pagi Jumaat.

Difahamkan,arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.45 pagi setelah dimasukkan ke unit kecemasan hospital pada petang semalam (Khamis).

Arwah yang pernah menjawat sebagai wartawan di Berita Harian sejak tahun 2002 difahamkam diserang demam berterusan dan dimasukkam sebelum mengalami sakit perut berterusan di wad unit penjagaan rapi (ICU).

Bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia itu juga dipercayai tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke dalam wad sehingga disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Jenazah akan dibawa ke rumah arwah di Ampang dan disembahyangkan di surau Ampang dan disemadikan di tanah perkuburan Jalan Bendahara.

Arwah, juga pernah berkecimpung dalam dunia politik secara aktif dan menyandang posisi Ahli Parlimen Larut sejak tahun 1999 hingga 2008.