IPOH : Seorang bekas pengurus bank didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada rabu atas satu tuduhan pecah amanah RM150,000 pada September tahun lalu

Abdul Rahim Sharif, 50, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Azman Abu Hassan

Bekas Pengurus Bank Muamalat cawangan Seri Manjung Perak itu didakwa mengambil wang tunai RM150,000 daripada bilik kebal bank berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8.30 malam hingga 10 malam, 13 September 2019.

Tertuduh didakwa di bawah seksyen 409 kanun keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan sebat ,dan boleh juga dikenakan denda

Hakim membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Februari ini untuk tarikh pengurusan kes

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam