KUALA KANGSAR: Baru-baru ini malaysia digemparkan dengan aksi berani mati beberapa remaja di Ipoh yang memanjat papan tanda Ipoh dan kren sehingga menjadi tular di dalam media sosial.

Ekoran itu, Persatuan Mendaki Perak mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti Jom Bersukan Ekstream Dengan Selamat (JOMBEDS).

Program yang diadakan di Jambatan Victoria, Karai dekat sini itu, antara lain memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai ciri-ciri keselamatan yang perlu diambil sebelum melakukan aksi lasak.

belia aktiviti lasak 5

Pengerusi penganjur, Mohd Zakwan Kamarul Zaman berkata, penggemar sukan lasak memang sentiasa terdedah kepada merbahaya, lebih-lebih lagi jika mereka mengambil ringan soal keselamatan.

“Jadi kami daripada Persatuan Mendaki Perak mengambil inisiatif untuk menjalankan program ini di Victoria Bridge untuk memberi tunjuk ajar kepada masyarakat mengenai konsep sebenar keselamatan di dalam menjalankan sukan ekstream.

“Dalam program ini, para peserta didedahkan dengan ilmu-ilmu keselamatan semasa menjalankan aktiviti sukan lasak,” katanya ketika ditemui semasa program itu pada Ahad.
belia aktiviti lasak 3
Seramai 250 belia, termasuk penuntut Universiti Teknologi MARA Seri Iskandar dan Politeknik Ungku Omar, Ipoh, mengambil bahagian di dalam program JOMBEDS.

Beberapa peserta yang ditemui mengakui, jombeds memberi pengalaman yang sangat berguna kepada mereka, yang memang menggemari aktiviti lasak.

Nor Athirah Jamaluddin dari Politeknik Ungku Omar berkata, program itu adalah salah satu platform untuk belia sepertinya belajar ciri-ciri keselamatan dan peralatan yang betul.

“Sekarang ini, ramai belia yang suka aktiviti lasak, jadi ini juga adalah satu platform yang terbaik untuk saya dan belia yang lain membina kekuatan mental dan fizikal sebelum menjalankan aktiviti lasak,” ujarnya.

Qurratu Faqihah Mohd Shukri dari UiTM Seri Iskandar pula berkata, program JOMBEDS sangat baik bagi mereka yang berminat dengan aktiviti-aktiviti lasak.

“Saranan saya, program ini sepatutnya dijalankan pada setiap tahun dan insha Allah kalau boleh kerap diadakan,” katanya.

Noraliza Ahmad Tahwil dari kumpulan Anak Perak Hiker mengakui, walaupun telah banyak kali melakukan aktiviti mendaki beberapa buah gunung, ia tidak sama dengan aktiviti seperti memanjat pokok dan flying fox.

“Program ini sangat baik dan wajar diteruskan, supaya lebih ramai belia yang berminat boleh mengetahui langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum melakukan aktiviti sukan lasak,” ujarnya.

Zakwan
Zakwan
Nor Azliza
Nor Azliza
Qurratu Faqihah
Qurratu Faqihah