BEKAM atau dalam bahasa arab dikenali sebagai al-hijamah merupakan salah satu cara rawatan kesihatan atau terapi yang paling lama di dunia.

   Bahkan ia merupakan sunnah Rasulullah S.A.W yang dikatakan mampu untuk merawat hampir 72 jenis penyakit seperti yang disebut di dalam hadith.

   Bekam sudah melalui beberapa fasa perubahan. Jika dahulu, ia dikenali dengan penggunaan tanduk kerbau, kini hadir dengan cara yang lebih bersih dan meyakinkan, iaitu dengan menggunakan peralatan khas bekam berkualiti tinggi, jarum khas serta pisau bedah yang disteril.

   Pengasas rawatan Bekam Al-Akhyar, Mior Imran Burhanuddin, 27, merupakan jurubekam yang menjalankan perniagaan ini di Parit serta berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari.

   “Berbekam merupakan kaedah yang paling baik dalam merawat pelbagai penyakit dengan cara mengeluarkan darah punca penyakit melalui epidermis kulit pada bahagian-bahagian tertentu dikawasan tubuh badan.

   “Kuantiti darah yang dikeluarkan adalah amat sedikit dan hanya darah yang benar-benar kotor keluar dari dalam badan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

   Usahawan muda itu berpendapat, berbekam sangat diperlukan pada masa kini disebabkan keadaan persekitaran yang dikelilingi dengan pencemaran seperti udara, gas, makanan, ubat-ubatan dan kimia yang akan menyerap masuk ke dalam badan lalu merosakkan atau menyebarkan virus kepada tubuh badan yang mana akhirnya memberi mudarat kepada seseorang.

   Menurutnya, di samping bekam, Al-Akhyar Enterprise turut menyediakan makanan sunnah seperti madu asli, minyak zaitun perahan pertama tanpa tapisan, cuka kurma dan epal yang diimport dari Turki.

Kenapa Perlu Berbekam?

Ramai masyarakat hari ini tercari-cari kaedah terbaik untuk melakukan terapi atau rawatan kesihatan untuk diri mereka, ada yang sudah menderita penyakit terlalu lama, mengambil ubat-ubatan yang banyak, namun tidak menunjukkan sebarang tanda untuk sembuh.

  

 

Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali kematian, menurut Meor Imran melalui kaedah bekam, Insya Allah, ia mampu merawat darah tinggi, migrain, jerawat kronik, resdung, gout, strok, kebas kaki dan tangan serta untuk kecergasan badan.

   “Ada tiga pakej yang kami sediakan iaitu pakej A (RM50), Pakej B (RM70) dan Pakej C (RM100). Insya Allah anda akan menerima layanan dan khidmat terbaik dari kami di sini dengan harga yang berpatutan,” katanya.

   Sebarang keterangan lanjut sila hubungi Mior Imran al-Muqri’ (Imam Masjid Radhiatul Mardhiah, Parit @ Masjid Parit) ditalian : 017-5488820/013-4444285