TELUK INTAN: Seorang lelaki berbangsa Cina menarik perhatian orang ramai di Teluk Intan, Perak apabila menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Lelaki berkenaan dirakamkan menunggang di sekitar bandar berkenaan sekitar jam 2 petang tadi.

Menurut laporan Sin Chew Daily, lelaki itu berada dalam keadaan keliru dan disyaki di bawah pengaruh dadah.

Lelaki berkenaan dilaporkan berlegar di sekitar Jalan Pasar dan Jalan Maharajalela.

“Ada beberapa saksi melaporkan dia menunggu di hadapan lampu isyarat dengan tenang. Dia kelihatan seperti tidak sedar bahawa dia sedang berbogel,” kata laporan itu.