IPOH – Sempena bulan Ramadan tahun ini, Weil Hotel menawarkan lebih 70 juadah keluarga untuk dikongsi bertemakan Dari Dapur Bondaku, bercirikan makanan Melayu tradisional.

webMenampilkan hidangan yang wajib dicuba seperti Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi, Rendang Tok, Kuzi Tulang, Ikan Tenggiri Asam Pedas serta pemanis mulut yang diperkenalkan pada tahun ini iaitu bubur kacang hijau durian.

Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi,

Pembantu Pengurus Makanan dan Minuman Saran Thankveloo berkata pemanis mulut tersebut merupakan menu yang wajib dicuba memandangkan musim durian telah berakhir.

“Di Weil Hotel, kami telah membeli dan menyimpan durian lebih awal sebelum musimnya tamat, jadi kami dapat menyajikannya kepada para tetamu yang berkunjung ke Tiffin sepanjang Ramadan.

“Malah sajian ini telah disenaraikan di dalam menu berbuka puasa seawal dua bulan lalu,” ujar beliau ketika ditemui Suara Perak.

Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM88 untuk dewasa, RM78 (warga emas) dan RM48 kanak-kanak manakala kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah boleh makan dengan percuma.

 

Rendang Tok

Para pengunjung juga tidak perlu gusar untuk menunaikan solat maghrib selepas berbuka kerana Weil Hotel juga menyediakan kemudahan surau.

Selain itu, Saran berkata kepada yang berminat untuk hadir secara berkumpulan boleh mendapatkan Booklet Baucar Ramadan beli 5-percuma-1 yang berharga RM440.

“Dengan ini, mereka mendapat penjimatan di mana harga yang dikenakan hanya RM73 seorang,” tambah beliau.

Para pengunjung Tiffin juga boleh memilih untuk merasai hidangan yang disediakan di gerai-gerai antaranya Shawarma, Goreng-Goreng, Nasi Ayam, Barbeku, Sate dan Murtabak.

Weil Hotel juga akan mengedarkan bubur lambuk percuma pada 19 Mei di hadapan hotel dan pada 26 Mei bertempat di Bazar Ramadan Stadium Ipoh.

Bufet Ramadan Dari Dapur Bondaku di Tiffin, Weil Hotel berlangsung sepanjang Ramadan dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018 dari jam 7 petang hingga 10 malam.

Untuk tempahan, hubungi Tiffin di 05 2082021.

1/4