IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria  menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penukaran agama tiga anak mualaf baru-baru ini sebagai satu pencabulan terhadap ketinggian agama Islam.Harussani yang berkata beliau secara peribada kecewa dengan keputusan itu dalam satu kenyataan   yang dibuatnya dan disiarkan dalam dalam laman web mufti.perak.gov.my hari ini.

Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri membuat pindaan dengan meletakkan  penubuhan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Negeri.

Menurut beliau, pindaan itu berupaya mengangkat Mahkamah Syariah setaraf  dengan Mahkamah Sivil.

Beliau berkata,  peruntukan Mahkamah Syariah perlu  diperluaskan supaya memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraan, tidak hanya terhad kepada orang  Islam sahaja.

“Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi  kehakiman sekaligus meletakkannya pada kedudukan yang lebih rendah,” katanya.

Harussani mengulas kes Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penukaran agama tiga anak oleh bapa mualaf mereka, hampir 10 tahun lalu terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang pada Isnin lalu.

Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan demikian

selepas membenarkan rayuan akhir guru tadika, M. Indira Gandhi yang mencabar tindakan bekas suami, Mohd. Ridhuan

Abdullah menukar agama tiga anak mereka, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa.

Harussani secara peribadi kecewa dengan keputusan itu dan menyifatkannya sebagai pencabulan terhadap ketinggian agama Islam