IPOH: Sebanyak 80 gerai disediakan sempena Bazaar Megaraya Aidilfitri Ipoh 2019 di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini, sepanjang bulan puasa ini.

Selain jualan murah pakaian seperti kasut, tudung dan beg untuk persiapan Hari Raya, pelbagai acara telah disediakan untuk memeriahkan lagi acara.

Pengurus Anson Sepakat Event, Mohd Ridzuan Sawitok berkata, acara bermula dari jam 10 pagi hingga 12 malam.

“Pelbagai aktiviti akan dijalankan selain gerai jualan antaranya persembahan nyanyian dari penyanyi Adi Realband, Fadzlee Wahab, Harry Khalifah, ceramah agama dan cabutan bertuah iaitu barang kemas, barangan elektrik, Proton dan duit raya.

“Ia merupakan salah satu tarikan wargakota Ipoh dan para pengunjung ke Bandaraya Ipoh yang secara tidak langsung merancakkan pembangunan ekonomi Bandaraya Ipoh,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena meraikan 45 anak yatim dari Anak Yatim Asrama Darul Salam di Restoran Nyaman di sini, malam tadi.

Hadir sama Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Rosli Mansor.

Menurut Ridzuan, penyertaan masih terbuka dan peniaga yang berminat boleh menghubunginya melalui nombor telefon 0149412241.

Katanya, sewa bulanan hanya RM6,500 untuk gerai biasa manakala RM7,000 untuk lot tepi.