HULU SELANGOR : Parti BERSATU akan mengambil tindakan terhadap ahli parti itu, jika terbukti mereka bersalah dalam sesuatu kes jenayah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU, berkata parti itu perlu menunggu maklumat penuh sebelum memutuskan bentuk tindakan yang bakal diambil.

“Sesiapa pun tidak terlepas daripada undang-undang, termasuk saya,” tegasnya kepada media ketika diminta mengulas mengenai penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu oleh polis kerana disyaki positif dadah dalam serbuan di Puchong, awal pagi tadi.