BAGAN DATUK: Pengundi diminta menjadikan Pilihan Raya Umum kali ini sebagai kali pertama dan terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding.

Disebalik faktor usia dan kesihatan, Pengerusi Pakatan Harapan itu sedang menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Tun Mahathir boleh bercakap apa sahaja di dalam kempennya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ya, dia boleh bercakap sedemikian, kita di dalam BN tentukan inilah, inilah kali yang pertama dan terakhir untuk beliau bertanding di dalam pilihan raya umum atas nama parti lain,” katanya pada sidang media khas di Wisma UMNO Bagan Datuk di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas ceramah Tun Mahathir di dalam siri kempennya bahawa beliau akan mengunakan apa cara sekalipun untuk menjatuhkan Najib.

Timbalan Perdana Menteri turut berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal seramai 1,541 pegawai, anggota dan keluarga Rejimen Artileri dan 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Hutan Melintang, hari ini.

BERITA BERKENAAN10,000 Peluang Pekerjaan Baru di Bagan Datuk