IPOH: Bilangan mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kg Degong dan Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di Daerah Hilir Perak meningkat kepada 91 orang pada jam 4 petang Jumaat.

Menurut jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, 42 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di SK Kg Degong manakala 49 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di SK Changkat Jong.

Bagaimanapun, sehingga jam 4 petang, belum ada laporan mengenai banjir di tempat-tempat lain di Perak.