SELAMA– Barisan Nasional (BN) Larut yakin dengan peluang memenangi kerusi parlimen Larut dan juga kerusi DUN di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Calon Barisan Nasional (BN) Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau yakin kebolehan calon-calon Barisan Nasional (BN) bukan hanya di Parlimen Larut. malah tiga Dun Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau

“Saya bertambah yakin apabila melihat sokongan penyokong parti pembangkang kepada calon parti tidak begitu hebat seperti dahulu sudah nampak mereka berpecah daripada Pakatan Harapan, contohnya calon yang mewakili Parti Pribumi itu.

“Walaupun nama calon PKR itu turut di sebut,namun saya melihat sorakkan penyokong pembangkang kurang…respon contoh begitu juga calon parti berkenaan mereka merasakan calon yang dipilih mereka suka baru mereka akan tepuk.

“Ini terbukti penyokong (BN) Larut semua bersatu bersemangat ini membuktikan bahawa Parti BN diterima oleh rakyat,”katanya ditemui selepas penamaan calon di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Selama, di sini hari ini.

Hamzah berkata, terbukti gambaran sebenar apabila bercakap benar dapat meraih kepercayaan dan diterima rakyat.

“Begitu juga dalam perjuangan ini kita haruslah benar-benar bercakap demi perjuangan rakyat,” katanya.