MANJUNG – Dengan jangkaan Pilihan Raya Umum ke-14 akan diumumkan bila-bila masa dari sekarang, Barisan Nasional (BN) Perak hari ini melancarkan moto ‘Perak Negeriku, Barisan Nasional Pilihanku’ bagi menyakinkan rakyat di negeri ini membuat pilihan ketika membuang undi nanti.

Pelancaran moto itu dibuat Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Menteri Besar di hadapan 8,000 penyokong serentak dengan pelancaran Jentera PRU14 Parlimen Lumut.

Dalam ucapannya, Dr Zambry melaungkan semangat bahawa Perak sudahpun dalam keadaan siap sedia ‘berperang’ untuk hadapi PRU-14.

48b7f0ba-1edf-4607-8a52-fe52b921c8f8Tegasnya tahap kesiapsiagaan jentera BN Negeri di tahap yang paling baik bagi membolehkan mereka menghadapi PRU-14 yang akan diumumkan Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

“Saya amat berpuas hati dengan tahap persediaan jentera BN Negeri. Kita tidak nafikan pelancaran di Lumut ini merupakan pelancaran terakhir di peringkat Parlimen, sebelum dibubarkan bila-bila masa oleh YAB Perdana Menteri.

“Saya bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ketua Cawangan dengan membawa anak-anak buah mereka keluar dengan kenderaan dan kereta di setiap tempat sejak awal pagi,”kata Dr. Zambry.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Sehati @ RTM di sini hari ini.

Yang turut sama, wakil dari parti komponen di samping kehadiran lebih 8,000 ribu penyokong BN bagi menyatakan sokongan dalam menghadapi persiapan akhir PRU14.

Pada majlis itu juga beliau merakamkan penghargaan kepada jentera BN yang disifatkannya sebagai panglima sebenar yang akan menentukan kalah menang BN pada PRU-14.

“Andalah panglima yang sebenar, bayangkan untuk membentuk kumpulan sebesar ini memerlukan kita bergerak dan bersatu yang boleh menggerunkan musuh, apa yang penting kena ada pemikiran untuk menang,”katanya.