IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak akan menambah lebih ramai calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, BN perlu adil kepada wanita yang sentiasa bekerja kuat untuk parti.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti-parti komponen yang turut menyenaraikan wanita sebagai calon PRU-14.

Menurut beliau, penambahan itu bukan kerana BN takut kepada wanita tetapi mahu berlaku adil terhadap golongan tersebut.

“Kita kena akui bahawa wanita sentiasa bekerja kuat dan merekalah tulang belakang parti,” katanya ketika berucap melancarkan Manifesto BN Perak di sini, hari ini.

Dr Zambry berkata, beliau akan mengumumkan calon-calon BN di Perak dalam masa beberapa hari lagi.

“Dah saya boleh sebutkan di sini, sebelum saya isytihar dalam beberapa hari lagi, bahawa terdapat tambahan calon wanita,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak akan memberi sokongan penuh kepada calon-calon wanita yang akan dinamakan.

BERITA BERKENAAN : Manifesto BN Perak Jamin Masa Depan Lebih Cemerlang

1/6